Isnin, 29 November 2010

Buat Insan Yang Bernama Lelaki

Di sini ingin kuberpesan padamu insan yg bernama lelaki..jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa kehadiran wanita..tanpa wanita,hati,fikiran dan perasaan lelaki akan resah..kepada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri dan puteri..dijadikan wanita dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh insan yang bernama lelaki,tetapi kalau lelaki sendiri yang tidak lurus,tak mungkin mampu untuk meluruskan wanita..Luruskanlah wanita dengan cara yang diajar Allah,kerana wanita dicipta sebegitu rupa olehNya..didiklah wanita dengan panduan dariNya. 

Jangan cuba jinakkan wanita dengan harta,nanti mereka semakin liar.Jangan hiburkan wanita dengan kecantikan,nanti mereka semakin alpa kerana yang bersifat sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah..Kenalkanlah wanita dengan Allah,zat yang kekal..disitulah terletak segala permulaan.. 

Akal wanita setipis rambutnya,maka tebalkan dengan ilmu agama..Hati wanita serapuh kaca,maka perkuatkanlah dengan iman di dada.Perasaan wanita selembut sutera,maka hiasilah dengan akhlak terpuji.Suburkanlah jiwa wanita dengan sifat-sifat murni kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan…akan terhibur dan bahagialah hati mereka,walaupun mereka tidak bergelar ratu cantik dunia mahupun Perdana Menteri negara. 

Bisikkan ke telinga wanita bahawa kelembutan bukan satu kelemahan.Itu bukan diskriminasi Tuhan.Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan,kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja. 

Ingatkan wanita agar jangan lupa hakikat kejadiannya.Mereka yang lupa pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan.Tanpa ilmu,iman dan akhlak,wanita bukan sahaja tidak boleh diluruskan bahkan mereka pula membengkokkan.Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh wanita daripada wanita yang dirosakkan oleh lelaki.Sebodoh-bodoh wanita pun BOLEH menundukkan sepandai-pandai lelaki. 

Usah biarkan wanita hanyut dalam dunia kepura-puraannya.Usah biarkan mereka bermaharajalela dengan mengusung tinggi egonya,kelak anak pun akan kehilangan ibu,suami kehilangan isteri, dan bapa kehilangan anak. 

Apabila wanita derhaka,dunia lelaki akan huru hara.Apabila tulang rusuk patah,maka rosaklah fungsi jantung,hati dan limpa. 

Lelaki jangan hanya berharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan.Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah,pimpinlah diri sendiri dahulu.Jinakkan diri dengan Allah,nescaya akan jinaklah segala yang berada di bawah pimpinan kamu.Jangan pernah kau harap wanitamu sebaik Siti Fatimah,selagi peribadimu tidak sehebat Sayyidina Ali..wallahu’alam.. 

catatan di kamar sepi..buat insan bernama lelaki...

SEORANG GADIS ITU

Seorang gadis itu …
yang lembut fitrah tercipta,
halus kulit, manis tuturnya,
lentur hati …
telus wajahnya,
setelus rasa membisik di jiwa,

di matanya cahaya,
dalamnya ada air,
sehangat cinta,
sejernih suka,
sedalam duka,
ceritera hidupnya …

seorang gadis itu …
hatinya penuh manja,
penuh kasih sayang semuanya,
cinta untuk diberi …
kasih untuk dirasa …
namun manjanya
bukan untuk semua,

bukan lemah,
atau kelemahan dunia …
ia bisa kuat,
bisa jadi tabah,
bisa ampuh menyokong,
pahlawan-pahlawan dunia …
begitu unik tercipta,
lembutnya bukan lemah,
tabahnya tak perlu pada
jasad yang gagah …

seorang gadis itu …
teman yang setia,
buat Adam dialah Hawa,
tetap di sini …
dari indahnya jannah,
hatta ke medan dunia,
hingga kembali mengecap nikmatNya …

seorang gadis itu …
bisa seteguh Khadijah,
yang suci hatinya,
tabah & tenang sikapnya,
teman ar-Rasul,
pengubat duka & laranya …
bijaksana ia,
menyimpan ílmu,
si teman bicara,
dialah Áishah,
penyeri taman Rasulullah,
dialah Hafsah,
penyimpan mashaf pertama kalamullah …

seorang gadis itu …
bisa setabah Maryam,
meski dicaci meski dikeji,
itu hanya cerca manusia,
namun sucinya ALLah memuji …

seperti Fatimah kudusnya,
meniti hidup seadanya,
puteri Rasulullah …
kesayangan ayahanda,
suaminya si panglima agama,
di belakangnya dialah pelita,
cahaya penerang segenap rumahnya,
ummi tersayang cucunda Baginda …

bisa dia segagah Nailah,
dengan dua tangan
tegar melindung khalifah,
meski akhirnya bermandi darah,
meski akhirnya khalifah rebah,
syahid menyahut panggilan Allah .

seorang gadis itu …
perlu ada yang membela,
agar ia terdidik jiwa,
agar ia terpelihara …

dengan cinta Rabbnya,
dengan rindu Rasulnya …
dengan yakin Deennya,
dengan teguh áqidahnya,
dengan utuh cinta yang terutama,
Allah dan juga RasulNya,
dalam ketaatan penuh setia .
pemelihara maruah dirinya,
agama, keluarga & ummahnya …

seorang gadis itu …
melenturnya perlu kasih sayang,
membentuknya perlu kebijaksanaan,
kesabaran dan kemaafan,
keyakinan & penghargaan,
tanpa jemu & tanpa bosan,
memimpin tangan, menunjuk jalan …

seorang gadis itu …
yang hidup di alaf ini,
gadis akhir zaman,
era hidup perlu berdikari …
dirinya terancam dek fitnah,
sucinya perlu tabah,
cintanya tak boleh berubah,
tak bisa terpadam dek helah,
dek keliru fikir jiwanya,
kerana dihambur ucapkata nista,
hanya kerana dunia memperdaya …

kerana seorang gadis itu,
yang hidup di zaman ini …
perlu teguh kakinya,
mantap iman mengunci jiwanya,
dari lemah & kalah,
dalam pertarungan yang lama …
dari rebah & salah,
dalam perjalanan mengenali Tuhannya,
dalam perjuangan menggapai cinta,
nikmat hakiki seorang hamba,
dari Allah yang menciptakan,
dari Allah yang mengurniakan,

seorang gadis itu …
anugerah istimewa kepada dunia!

seorang gadis itu …
tinggallah di dunia,
sebagai ábidah,
da’ieyah & mujahidah,
pejuang ummah …
anak ummi & ayah,
muslimah yang solehah …

kelak jadi ibu,
membentuk anak-anak ummah,
rumahnya taman ilmu,
taman budi & ma’rifatullah …

seorang gadis itu …
moga akan pulang,
dalam cinta & dalam sayang,
redha dalam keredhaan,
Tuhan yang menentukan …
seorang gadis itu dalam kebahagiaan!

Moga ar-Rahman melindungi,
merahmati dan merestui,
perjalanan seorang gadis itu …
menuju cintaNYA yang ABADI!
amin….

CINTA DIPINTA ,MENCINTAI DI LUPA

Kita mahu dicintai tapi kita sendiri tidak menyintai, adilkah begitu?

Dulu kita meminta berjaya dengan cemerlang. Lalu Allah memberi kita kejayaan gemilang. Tapi kita membalas dengan bermalas-malas mengerjakan sembahyang. Lebih buruk lagi, ada setengah orang sembahyang pun sudah mula ‘curi-curi tulang’. Solat yang wajib pun jarang-jarang, solat sunat apa nak dikenang. Sungguh, Allah kita tidak sayang!

Suatu ketika, kita meminta diberi rezeki. Siang dan malam kita merintih. Lalu Allah memberi, tapi kita lupa membalas budi. Rezeki yang melimpah ruah, semakin menjauhkan kita dari bersifat pemurah. Banyak berkira walau untuk sedekah. Inikan pula untuk beramal jariah. Sungguh, suruhan Allah kita tidak endah!

Pernah dulu kita meminta dikurniakan pasangan bahagia. Lalu Allah memberi, tapi sekali lagi kita lupa diri. Kita kata hendak bina ‘Rumahku syurgaku’, tapi yang berlaku jauh dari yang Allah mahu. Isteri dan anak-anak tidak ikut syariat, suami yang juga ayah hanya memandang tanpa rasa bersalah. Keseronokan dunia jadi keutamaan. Urusan akhirat, buat yang mana sempat. Esok lusa boleh bertaubat. Baik suami mahu pun isteri, masing-masing tidak bersunguh-sungguh mengerjakan perintah Ilahi. Sungguh Allah kita tidak kasihi!